Selasa, 6 Mac 2018

5 CARA ATASI ANAK TIDAK FOKUS DALAM KELAS


1. Tunjukkan Sikap Positif
Menerapkan sikap positif kepada anak. Sikap positif yang dimaksudkan adalah seperti membuat kerja rumah dan kerja-kerja lain yang mempunyai kebaikan dan faedah.Anak akan lebih cenderung mengikut apa yang ibubapa tunjukkan dan lakukan

2.Penghargaan Dan Pujian
Amat penting untuk memotivasikan anak-anak dan meningkatkan usaha mereka dalam bidang pelajaran. Memuji adalah salah satu jenis tanda penghargaan yang tidak perlukan apa-apa kos dan sepatutnya dilakukan sejak anak-anak masih kecil lagi

3. Memberi Gambaran Dan Impian Kepada Anak
Ibu bapa perlu membuka mata anak-anak dengan memberi gambaran, idea dan impian kepada mereka.Gambaran besar yang jelas seperti menggambarkan cita-cita mereka setelah tamat belajar atau mendorong mereka untuk berfikir siapakah mereka pada 10 tahun yang akan datang dan bagaimanakah cara yang harus mereka lakukan untuk kecapinya.

4. Keadaan Tempat Atau Suasana Belajar Yang Selesa
Memastikan keadaan tempat belajar anak sentiasa selesa. Selesa bermaksud disenangi. Tempat belajar perlulah sentiasa bersih, aman dan tiada gangguan masalah-masalah fizikal seperti lampu rosak menyebabkan terpaksa belajar dalam gelap, masalah gangguan bunyi dan sebagainya. Peralatan yang digunakan seperti kerusi, meja dan lain-lain lagi haruslah berada dalam keadaan yang baik.

5. Berikan Nutrisi Yang Hebat
Walaupun tidak ada apa-apa gangguan fizikal kepada anak-anak, mereka masih kelihatan tidak fokus dalam kelas. Puas ibu dan ayah memikirkan apakah jalan terbaik dan rahsia terbaik untuk mengatasi masalah anak tidak fokus dalam kelas. Jawapannya ialah memberikan nutrisi yang hebat dan diyakini.Nutrisi yang hebat adalah supplement atau makanan tambahan yang berfungsi untuk mengembalikan fokus anak terhadap pelajaran, menjadikan anak lebih aktif untuk belajar, memberi tenaga sepanjang hari, memudahkan anak untuk menghafal dan memahami pelajaran dan lain-lain lagi.

JUS SMART IQ-G nutrisi yg mampu memberi tenaga kepada anak-anak sepanjang hari. Apabila anak bertenaga, mereka akan lebih fokus dalam kelas dan mudah belajar. Apa yang dipelajari akan mudah difahami, mudah diingati, malah mudah juga untuk mereka menghafal.

Hanya Perlu Minum 2 Kali Sehari. Perubahan Seawal 1-2 Minggu Pengambilan.

Jus SMART IQ-G Bantu Anak2:
1. Meningkatkan daya fokus
2. Membantu perkembangan IQ
3. Penerang hati dan melembutkan jiwa
4. Menguatkan daya ingatan
5. Mudah faham
6. Meningkatkan semangat belajar
7. Memberi ketenangan dan menstabilkan emosi;
8. Menajamkan daya fikiran
9. Mencerdaskan tubuh badan dan tidak mudah mengantuk

APA ITU JUS SMART IQ-G
Jus Makanan Tambahan Kanak-Kanak No 1 berperisa Manggo dan Strawberry sgt sedap diminum.
Diperkaya dgn Luban, Kismis, Badam, Delima, Habbatussauda,Goji, Madu dan banyak lagi.
NAK HARGA PROMOSI HARI NI?

SILA WHATSPP 016-7590479/ 011-50126796
SILA WHATSPP 016-7590479/ 011-50126796
SILA WHATSPP 016-7590479/ 011-50126796

Isnin, 5 Mac 2018

DISIPLIN ANAK DALAM ISLAM


Sebagai ibu-bapa, kadang-kadang kita hilang sabar. Secara tidak sedar, kita memukul anak dengan rotan, atau dengan apa sahaja yang boleh dicapai dengan tangan. Selepas anak menangis teresak-esak, barulah kita rasa menyesal.
Lagi teruk kalau anak lebam dan berbirat badannya. Sedih sangat bila memikirkannya. Kami bukan pakar. Sekadar perkongsian peribadi kerana kami percaya cara disiplin anak bermula dari rumah sejak usia kecil lagi. Kali ini, mari kita berkongsi tips dan cara disiplinkan anak dengan cara yang lebih efektif:

1. ELAKKAN PERKATAAN ‘JANGAN’

Jeritan ‘Jangan’ cukup sinonim untuk semua ibu-bapa. Sebaik-baiknya, tukarkan perkataan itu dengan frasa yang lain. Jangan kata ‘Jangan’ (Tengok! Kami pun dah ‘ter’cakap ‘Jangan’ dah). Contohnya, kalau ada dua orang anak, suka main pukul-pukul adik beradik. Tiba-tiba yang si adik menangis. Apa kita kata, “Abaangggg, jangan pukul adik!”.
Cuba ambil dimensi dan pendekatan berbeza. Panggil abang dan adik, kita peluk dua-dua. Cakap elok-elok, “Abang dengan adik main sama-sama tau. Adik beradik kena ‘happy-happy’. Sekarang, abang peluk adik pulak”. Rasa-rasanya, yang mana satu lebih efektif?
Bukankah ibu-bapa itu adalah guru dan ‘role-model’ pada anak-anak?. Semua yang kita buat, dia akan ikut. Maka, eloklah kita buang tabiat buruk kita. Tunjukkan yang baik-baik sahaja depan anak-anak.

2. ELAKKAN PUKUL ANAK

Ini paling mudah. Kena pujuk dan didik hati kita sebagai ibu-bapa. Tiada guna pukul anak, esok dia buat lagi. Bukan tidak boleh pukul langsung. Cuma perlu ada alasan yang kukuh dan selalunya ada bukti depan mata. Jika ingin pukul sekalipun, pukul perlahan sahaja, sekadar untuk menyedarkan anak. Kawasan pukulan yang dibenarkan pula, bahagian kaki, paha ke bawah sahaja.
Puji dan peluk anak selalu
Peluk anak selalu. Puji kalau dia buat perkara yang betul.

3. PUJI ANAK DEPAN ORANG LAIN

Bila anak kita berkelakuan baik, puji dia. Bila balik kampung atau sedang berada di rumah kawan sebagai tetamu, puji depan semua orang. Ini akan buat dia bangga dan rasa dihargai. Tentu dia tidak akan nakal-nakal lagi di rumah orang lain. Tunjukkan kemesraan, peluk anak selalu. Banyak kelebihan memeluk anak.

3. PELAJARI ILMU ‘CHILD DEVELOPMENT’ DAN ‘PARENTING’

Bukan semua yang ibu-bapa kita ajar itu betul. Mungkin ada yang betul, mungkin ada yang salah. Untuk mendidik anak dengan cara yang terbaik, ikuti kelas-kelas ‘parenting’ jika ada masa. Nasihat yang diberikan adalah dari yang pakar, bukan omongan kosong. Lebih-lebih lagi zaman sekarang, proses tumbesaran anak lain cabarannya. Dulu, tiada iPad dan tablet. Kita asyik main panjat-panjat pokok. Sekarang tiada lagi.

4. GUNAKAN ‘REWARD SYSTEM’

Ini bukan rasuah. Bila anak ‘behave’ dan betul-betul baik dan rajin tolong kita, kita beri dia ganjaran yang sepatutnya. Puji dulu, peluk erat-erat, bagi dia rasa dirinya disayangi. Jangan bagi anak gula-gula pula. Nanti rosak gigi. Contohnya, “Kalau kakak dapat nombor satu, nanti mama belikan basikal baru”. Jika basikal ialah idaman dia, tentu dia akan berusaha bersungguh-sungguh. Contoh yang lain, “Pergi kemas mainan dulu. Kalau dah kemas baru mama bukak cerita kartun, Channel 611”. 
Entah kenapa, anak-anak suka lompat kat sofa kan?
Entah kenapa, anak-anak suka lompat kat sofa kan?

5. GUNA KAEDAH ‘DISTRACTION’ UNTUK ALIHKAN TUMPUAN ANAK

Suka lompat-lompat di sofa? Ajak anak main lompat-lompat di luar rumah. Suka conteng-conteng dinding? Belikan dia buku mewarna. Kalau ada duit lebih, biarkan anak main Play-Doh, tanah liat untuk buat apa yang dia suka. Belikan Lego untuk dia bina bangunan dan macam-macam jenis benda untuk elakkan dia mengganggu kita buat kerja-kerja rumah.

6. AJARKAN KAEDAH ‘LOGICAL CONSEQUENCES’
Contohnya, kalau anak suka main lari-lari, cakap elok-elok, “Adik, mari sini. Tak mau main lari-lari jauh-jauh tau. Main kat depan rumah je. Tak usah pergi sampai kat jalan besar. Nanti kena langgar kereta. Main elok-elok”. Ini akan memberikan satu isyarat logik pada anak, bahawa jika main di jalan besar, boleh kena langgar kereta. Tentu sekali dia akan main dekat-dekat sahaja.

7. GUNA TEKNIK ‘POSITIVE DISCIPLINE’

Ini bermakna, jika anak buat salah, usah terus marah, “Jangan buat macam ni, salah”(Tengok! Kami pun asyik guna ‘jangan’. Ish, ish, ish). Kalau anak tumpahkan air di meja makan, elakkan marah anak. Untuk tanda protes, dia akan menangis. Akan datang, anak akan sengaja buat lagi. Sebagai ganti, ajarkan anak, “Tengok ayah buat ni, cawan kena pegang dengan dua tangan. Haaa… kan senang, tak tumpah pun”. Bila anak buat apa yang kita suruh, puji dia yang dia pandai. Seperkara lagi, ajar anak agar menghormati orang yang lebih tua. Kalau jumpa, suruh cium tangan.

HARAPAN KAMI

Jika mahu bercerita cara mendisiplinkan anak, sehari semalam tidak akan habis. Ada terlalu banyak cara yang boleh diikuti, ikut acuan sendiri. Apa yang penting, ibu-bapa perlu bersabar dengan karenah anak. Sabar itu kan separuh dari iman. Bak kata orang tua-tua, “Ala, budak-budak memang macam tu. Masa kecik je nakal, dah besar baik. Macam kau tu dulu, masa kecik, nakal kemain. Sekarang ok je aku tengok”.
Selamat membesarkan anak dan hayati proses pembesaran mereka. Anak itu anugerah Allah, maka jagalah mereka sebaik-baiknya. Didiklah dengan penuh kasih sayang dan cara Rasulullah. Nescaya anda akan rindu saat-saat mereka kecil satu hari nanti.

MENDIDIK ANAK CARA ISLAM


Selalu kita dengar, bila nampak seseorang anak itu nakal kelakuannya, orang akan kata, “Haaa.. mak bapak dia tak ajar la tu. Apa nak jadi la budak tu. Dah besar nanti mesti jahat”. Agak keras bunyinya bukan?
Bagaimana kalau anak itu adalah anak kita sendiri? Tentu sungguh meruntun jiwa. Kadang-kadang bukan kita tidak ajar anak kita, cuma anak itu terpengaruh dengan kawan-kawan yang lain. Apa salahnya datang hampir pada anak nakal itu dan berikan sedikit nasihat? Bimbang jika tiada siapa peduli, mereka akan jadi lebih teruk lagi.
Jadi apakah sepatutnya yang ibu-bapa lakukan? Mengambil serba sedikit dari sumber ini, mari kita lihat tips dan panduan mendidik anak, termasuk memukul anak mengikut cara Islam.

1. ELAKKAN PUKUL ANAK DARI BAHAGIAN LUTUT KE ATAS

Kawal diri sebagai ibu-bapa. Elakkan pukul anak dari lutut keatas. Kalau marah sangat, pukul tapak kaki anak. Entri kami sebelum ini juga tentang cara mendisiplinkan anak juga membincangkan perkara yang sama.
Rapat dengan anak

2. ELAKKAN GUNA TANGAN ATAU ANGGOTA TUBUH YANG LAIN UNTUK MEMUKUL ANAK

Yang lebih penting, walaupun kita pernah mengalami perkara ini, jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita. Ia akan menjadi lebih buruk di mana anak akan bertambah nakal dan degil.
Ajar anak solat, bukan pada guru sekolah agama sahaja
Ajar anak solat, bukan pada guru sekolah agama sahaja

3. AJAR ANAK SOLAT

Rotan atau pukul anak di telapak kakinya. Pukul seadanya sahaja, bukan dengan amarah yang meluap-luap. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, danpukullah mereka kerana tidak solat ketika berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka” ( H.R. Ahmad & Abu Daud )
Imam Nawawi mengatakan, orang yang tidak diberatkan mendirikan solat, tidaklah diperintahkan kita menyuruh mereka mengerjakannya,kecuali anak-anak kecil – lelaki dan perempuan. Anak yang telah sampai umur 7 tahun jika mumayyiz, disuruh atasdasar sunnat mendirikan solat. Jika mereka telah berumur 10 tahun,wajiblah diperintahkan mereka mendirikan solat. Dan dipukul jika mereka enggan mendirikannya. Hadith ini mengingatkan kita kepada firman Allah :
“Dan perintahkanlah ahli keluargamu mendirikan solat dan bersabarlahkamu diatas kesukaran-kesukaran yang kamu hadapi kerananya..” ( Toha : 132 )
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamudari api neraka..” ( At-Tahrim : 66 )Kata pengikut-pengikut Asy-Syafie : Hendaklah para wali ( ibu bapaatau penjaga ) memerintahkan anak-anak menghadiri jamaah solat dan menerangkan kepada mereka hukum-hukum agama yang harus merekakerjakan sebagaimana wajib atas wali memberi pendidikan kepadaanak-anak tentang aurat, arak, dusta, mengumpat dan sebagainya.
Kata Ar-Rafi’ie : Diberatkan ibubapa memberikan pendidikan bersuci,solat dan undang-undang syariat kepada anak-anaknya ketika merekaberumur 7 tahun dan memukul mereka jika mereka enggan menuruti jika umur mereka telah mencapai 10 tahun. Belanja belajar diambil dari harta si anak jika dia berharta, dan dipikul pula oleh bapanya jika si anak tidak berharta.
Jika ia tidak berbapa, maka belanja itu dipikul oleh ibunya.Jika si anak tidak mempunyai wali, kewajiban tersebut dilaksanakan oleh yang berwajib di dalam negara. Contohnya qadhi atau seumpamanya.Anak-anak kecil memanglah tidak diberatkan dengan sesuatu perintahagama baik berdasarkan wajib atau sunnat.Hadith di atas sebenarnya ditujukan kepada para wali. Tujuannyau ntuk membiasakan anak-anak mendirikan solat sejak sebelum mukallafnya lagi.Apabila telah dibiasakan sejak kecil, tidaklah menjadi berat baginya untuk melakukannya sesudah ia besar.

4. NAMA PANGGILAN YANG BAIK

Beri dan panggil anak dengan nama yang baik-baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. Lebih malu apabila kawan-kawan mereka mengetahui panggilan itu.

5. PELUK ANAK SETIAP HARI

Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. 

6. PANDANGAN KASIH SAYANG

Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.

7. BERIKAN PUJIAN PADA ANAK
Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.

8. AKUI KESILAPAN ANAK
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9. UTAMAKAN KELUARGA ATAU ‘FAMILY FIRST’

Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali.

10. ELAKKAN MENGELUH KERANA ANAK. UCAPKANLAH ‘ASTAGHFIRULLLAH’
Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah ibu-bapa mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11. DENGAR BILA ANAK BERCAKAP

Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Dengan kata lain, ‘Be a good listener’. Orang kata, kena juga ada ilmu untuk bercakap dengan anak. Jangan asyik ibu-bapa sahaja yang betul.
Ayah lebihkan masa dengan anak perempuan, ibu lebihkan masa dengan anak lelaki
Anak mahukan pelukan hangat dari ibu-bapa

12. TENANGKAN ANAK

Adakalanya, anak kita panik dan tidak tahu nak buat apa. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Peluk erat-erat dan tunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

13. TUNJUK ANAK BAGAIMANA CARA MENENANGKAN DIRI
Jangan hanya peluk sahaja. Selitkan kata-kata nasihat dan iktibar yang sewajarnya. Kalau bergaduh sesama adik-beradik, leraikan dengan suara yang lembut. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya. Pertama sekali, ibu-bapa kena tenangkan diri dahulu!

14. SAMBUT ‘BIRTHDAY’ BERSAMA-SAMA

Zaman dahulu, tiada sambutan hari jadi. Cukup sekadar dengan bubur merah. Zaman sekarang lain. Boleh cuba buat sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain. Sejujurnya, tidak perlu ‘party’ atau kek yang besar. Bagi kanak-kanak, sepotong kek sahaja sudah memadai.

15. ULANG ARAHAN BEBERAPA KALI

Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali. Ibu-bapa kena sabar dalam hal ini. Kadang-kadang anak tidak memahami arahan. Mereka perlu membiasakan diri dan mengikuti arahan itu berkali-kali.
16. Buat aktiviti bersama anak-anak.
Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Buat aktiviti yang berfaedah bersama-sama. Ingat, kualiti masa lebih penting daripada kuantiti. Anak akan ingat saat-saat indah mereka bersama ibu-bapa sampai bila-bila.

 17. TINGGALKAN KERJA DI PEJABAT

Anak inginkan perhatian. Jika dibawa kerja pejabat ke rumah, tentu sekali masa akan diutamakan pada kerja. Mengadap ‘laptop’ sepanjang masa adalah satu pengabaian pada anak-anak dari segi emosi.

18. HARGAILAH PERMAINAN KESAYANGAN ANAK ANDA

Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19. USAH BIARKAN ANAK-ANAK ANDA TIDUR TANPA CIUMAN SELAMAT MALAM

Nampak macam kebaratan? Oh tidak! Cuma masyarakat kita kurang mengamalkan perbuatan ini. Ciuman adalah suatu yang subjektif. Mereka mungkin belum memahami apa erti ciuman. Namun, berikan ciuman sebagai tanda kasih sayang kita pada mereka. Sambil cium, sambil usap kepala anak. Bacakan doa yang baik-baik.

20. TERIMA ANAK SEADANYA

Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Kadang-kadang tanpa sengaja, kita akan pukul anak dan menyesal kemudiannya. Tiada ibu-bapa yang sempurna. Tujuan kita disini ialah untuk belajar bersama-sama.

KESIMPULAN

Didiklah anak sebaiknya mengikut lunas Islam. Mereka akan menjadi penghalang kita sebagai ibu bapa daripada api neraka. Mengambil huraian hadith dari JAKIM,
Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang kerumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka”.
Huraian Hadith:
  • Orang Islam disuruh memenuhi hajat orang yang meminta sekali pun dengan pertolongan yang sedikit.
  • Ibu bapa mestilah mengutamakan keperluan anak-anaknya seperti makan, minum, pakaian dan sebagainya.
  • Ibu bapa yang mendidik dan mengasuh anaknya dengan sempurna dijamin bebas daripada api neraka.
  • Hadis ini menunjukkan kelebihan menjaga dan mendidik anak-anak perempuan. Ia akan menjadi perisai daripada api neraka jika dilakukan seperti yang diperintah Allah dan Rasulnya.
Sama-sama kita berdoa agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Kalau ada masa, boleh belajar cara disiplinkan anak tanpa pukul anak.
Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook

Jumaat, 16 Februari 2018

TIPS AJAR ANAK MEMBACA

TIPS AJAR ANAK MEMBACA

Memupuk minat membaca mestilah bermula dari rumah. Rumah adalah syurga bagi keluarga. Memang teruja apabila melihat kanak-kanak seawal 3-4 tahun boleh membaca buku dengan cukup lancar. Zaman sekarang, tidak perlu tunggu sehingga anak pergi ke tadika. Semuanya boleh diajarkan di rumah. Mari kita lihat apa tips mudah ajar anak agar cepat membaca.

1. PILIH TEMPAT YANG SELESA UNTUK MEMBACA

Pastikan tempat yang selamat dan selesa. Yang lebih penting, tempat yang ada banyak lampu. Bila selesa, lebih banyak muka surat yang dia suruh kita baca.

2. BACA BUKU UNTUK ANAK-ANAK

Kalau mahukan mereka minat membaca, bacakan buku pada anak-anak. Untuk anak sekecil 2-3 tahun, jika ibu-bapa selalu membaca buku ‘favourite’ mereka, jangan terkejut jika anak boleh hafal segala isi cerita dalam buku tersebut. Walaupun dengan pelat-pelat mereka, kita boleh mendengar butiran yang keluar dari mulut anak-anak. Tidak percaya? Cubalah dahulu.

3. JADIKAN MEMBACA SATU RUTIN

Balik rumah, terus buka Astro. Ada ibu-bapa, terus buka Channel 611 atau lain-lain ‘channel’ agar anak tidak mengganggu. Bagaimana kalau waktu yang singkat ini, kita baca buku bersama-sama anak. Jika dilakukan setiap hari, tanpa disuruh, anak akan ambil buku mereka dan suruh kita baca. Sejurus habis, dia akan suruh baca lagi. Memang tampak penat, tapi percayalah, penat lelah anda akan berbaloi beberapa tahun lagi.

4. NYANYI LAGU A-B-C SAMA-SAMA


Nyanyi lagu A-B-C sama-sama

 suara sumbang? Tiada siapa peduli. Anak-anak tidak kisah jika suara ibu-bapa mereka tidak merdu. Apa yang mereka mahu ialah ibu-bapa mereka ‘join sekaki’. Lagu-lagu ‘nursery rhymes’ dan lagu-lagu rakyat boleh dinyanyikan dan digayakan bersama. Mungkin mereka tidak pernah dengar lagu ini:
Bapaku pulang dari kota,
Bapaku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Boleh ku bawa ke sekolah,
Pon, pon, pon, pon, pon, pon, pon, pon, pon,
Kereta kecil ku berbunyi,
Marilah adik mari naik,
Boleh ku bawa jumpa nenek
Sekarang, kalau anda nyanyi lagu yang ‘catchy’ ini, mereka akan rasa cukup gembira. Lebih-lebih lagi di bahagian, “Pon, pon, pon, pon, pon” itu.

5. JADI CONTOH YANG BAIK

Baca buku bersama anak-anak
Bagaimana anak mahu membaca buku jika ibu-bapa tidak menunjukkan perilaku dan contoh yang baik? Orang kata, “Leadership by example” atau dalam Bahasa Melayu,“Kepimpinan melalui teladan”. Kalau anak asyik nampak ibu-bapa mereka asyik main telefon bimbit sahaja, bagaimana mereka mahu mencontohi mereka?

6. TANYA SOALAN PADA ANAK

Anak suka bila kita tunjukkan minat. Bila ada gambar-gambar dalam buku, tanya dia kenapa gambar itu begitu begini. Contohnya, jika baca buku ‘Ugly Duckling’, ada seekor itik yang berwarna lain dari yang lain.
Cuba tanya anak, “Kenapa dia sedih? Kenapa itik lain tak kawan dengan dia?”. Anak akan tersenyum apabila mendengar jawapan dari mereka. Ada yang masuk akal, ada yang terlalu melucukan. Selitkan juga nasihat pada anak, “Nanti adik dah besar, jangan jadi macam itik-itik yang lain ni ye. Kawan dengan semua orang tau”.

7. PILIH BUKU YANG BAGUS

Terlalu banyak buku kanak-kanak di kedai-kedai buku seperti MPH dan Kinokuniya. Bagi mereka yang berada di luar Kuala Lumpur, masih banyak kedai buku kecil yang menjual buku kanak-kanak.
Jika terlalu sukar mendapatkan buku yang diinginkan, boleh cuba beli secara ‘online’. Bagi yang sedang membaca ini, apakah buku yang anda cadangkan?

8. GABUNGKAN MEMBACA DAN MENULIS


Usah serahkan tugas mengajar anak pada tadika dan sekolah sahaja. Apa salahnya mengajar di rumah. Biarkan anak conteng rumah, asalkan mereka gembira. Jika tidak mahu mereka menconteng dinding, belikan kertas A4 banyak-banyak. Ajar anak-anak melukis sambil menulis abjad. Ajarkan juga bagaimana mengeja nama sendiri.

9. TAMPAL ABJAD ABC DI DINDING BILIK TIDUR

Ada banyak produk yang dijual di kedai buku yang mengandungi senarai A-B-C berserta gambar yang boleh kita beli. Tampal di bilik tidur mereka. Setiap hari, mereka akan nampak dan secara ‘subconscious’ mereka akan hafal abjad tersebut.
Sekarang, bagaimana kalau kita tampal tulisan jawi pula? Tentu mereka cepat tangkap satu hari nanti.

10. SELALU BAWA ANAK KE KEDAI BUKU ATAU PERPUSTAKAAN


Jika setiap minggu pergi ke ‘shopping complex’, jangan lupa singgah di mana-mana kedai buku. Jika tempat anda ada ‘library’, bawa mereka ke sana pada hujung minggu. Biarkan anak-anak ‘terrorize’ tempat tersebut. Biar mereka main puas-puas. Biasanya, kedai buku akan sediakan satu ruang khas untuk kanak-kanak.
Mereka boleh duduk bersama ibu-bapa di atas lantai, baca buku bersama-sama. Apabila anak membesar, dia akan ingat tempat yang selalu dibawa oleh ibu-bapa mereka. Jika mereka berkahwin satu hari nanti, dan mempunyai anak, mereka akan bawa ke tempat yang sama. Tempat yang memberikan mereka ilmu, kedamaian dan dalam masa yang sama, kegembiraan.
Kesimpulan
Apa yang penting ialah kesudian ibu-bapa untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Faham, ramai yang sibuk dan tidak ada masa untuk anak sendiri. Namun percayalah, pelaburan masa untuk anak sungguh berbaloi.
Semoga berjaya!

Ahad, 11 Februari 2018

TIPS TERBAIK UNTUK TINGKATKAN DAYA TUMPUAN KANAK-KANAK : . .



.
(1) Gunakan buku bergambar
- kanak-kanak lebih gemarkan buku yang bergambar dan 
ada pelbagai warna.



(2) Membaca untuk anak-anak. 
- Ini melatih kemahiran mendengar. Sambil membaca,
perlu membaca dengan reaksi dan gerakan anggota
badan.


(3) Warnakan Gambar
- Minta anak anda warnakan gambar. Pilih gambar yang
dia suka dan jangan terlalu besar. Perlu sesuai mengikut
umur.


(4) Berikan Pujian
- Berikan pujian bagi setiap perbuatan anak-anak anda.
Contohnya : Bagusnya anak ibu dah siapkan kerja.


(5) Berikan permainan yg perlukan anak anda berfikir
- seperti puzzle, dominos dan blok seperti lego. Permainan
ini bagus untuk meningkatkan daya tumpuan.


(6) Berikan makanan Tambahan JUS SMART IQ yang mampu 
tingkatkan tumpuan anak anda.
.
.
.

Rabu, 7 Februari 2018

JUS SMART IQ-G


jus smart iq-g

Ibubapa sering risau akan pertumbuhan anak-anak mereka. Bahkan ada yang sanggup berhabisan wang ringgit untuk memastikan anak mereka membesar dengan sihat dan mempunyai minda yang cergas. Alam persekolahan merupakan cabaran buat kanak-kanak terutama sekali cabaran untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dalam peperiksaan. Ibubapa perlu bijak mencari dan memberi suplement tambahan untuk si kecil agar tidak memberikan kesan sampingan buat mereka.


MEMPERKENALKAN




JUS SMART IQ-G merupakan makanan tambahan yang sangat baik untuk pertumbuhan sel-sel otak anak-anak anda. Selain daripada itu, Jus Smart IQ-G juga membantu meremajakan kembali sel-sel otak agar kembali cergas. Jus ini berbentuk cecair yang mudah diambil dan mengandungi perisa MANGGO yang sangat lazat. Apabila sel-sel otak kembali cergas ia akan membantu anak-anak mudah untuk memahami suatu pembelajaran dan menjadikan mereka lebih bertenaga. Proses pembelajaran memerlukan tenaga yang banyak kerana melibatkan mental dan fizikal jika anak mudah lesu ia akan menjejaskan proses pembelajaran mereka. Rasa MANGGA yang pekat dan lazat akan membuatkan anak anda pasti menyukainya.

KANDUNGAN JUS SMART IQ-G

  • Kismis
  • Luban
  • Badam
  • Buah Delima
  • Habbatussauda
  • Kurma
  • Zafaran
  • Goji
  • Madu
  • Buah Tin
  • Cengkih

Kismis Kismis
Kismis merupakan salah satu makanan sunnah yang dianjurkan untuk meningkatkan daya ingatan. Kismis mengandungi kandungan mineral surih bernama boron yang merupakan mineral penting untuk fungsi otak yang baik. Boron mampu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori. Selain itu, boron juga membantu menggalakkan fungsi mineral penting seperti kalsium dan magnesium.Serat yang tinggi dalam kismis juga adalah sangat bermanfaat untuk fungsi sistem pencernaan berjalan dengan lancar. Satu cawan kismis mengandungi kira-kira 10 g serat yang boleh membantu tubuh badan anda dari bahan-bahan toksik yang berbahaya dengan membersihkan kolon atau usus dan melawaskan pembuangan air.
Luban Luban
Luban merupakan sejenis getah atau damar yang keluar melalui rekahan pokok yang banyak terdapat di kawasan-kawasan beriklim panas seperti di Oman, Yaman, Syria, Mesir, India, Sri Lanka dan sebagainya. Luban juga disebut sebagai Frankincense dan diperkenalkan di Eropah oleh tentera Perang Salib dari Perancis. Libanah atau luban amat berkesan bagi menambahkan daya ingatan dan mencerdaskan minda kerana ia berfungsi menghilangkan lendir balagham dalam otak. Gumpalan balagham yang banyak menyebabkan lemah daya ingatan, selsema, resdung, lelah, batuk dan sebagainya yang berkaitan dengan sistem pernafasan.
Badam Badam
Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari keperluan harian Vitamin E dan Manganese. Di bahagian selaput biji badam sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis flavonoids (antioksida) utama. Gandingan beraneka flavonoids dan vitamin E menjadikan badam suatu makanan yang amat berkhasiat sekali bagi memerangi berbagai masalah kesihatan.
Delima Delima
Buah delima  mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer. Buah delima baik bagi ibu mengandung kerana dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran di samping dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas.
Habbatus Sauda Habbatussauda
Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk meningkatkan kecerdasan dan daya memori. Di samping itu, Habbatussauda yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah pernafasan serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah serangan penyakit.

Kurma Kurma
Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.
ZafaranZafaran
Zafaran atau nama saintifiknya Crocus Sativus adalah sejenis tumbuhan herba yang hanya boleh didapati di beberapa buah negara sahaja iaitu di Iran dan Sepanyol serta sedikit ditanam di Kashmir. Ianya merupakan rempah yang terbaik, paling wangi dan termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai ‘King of Spices’. Selain untuk melazatkan makanan, ianya juga dianggap bahan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi, bahan pewarna dan lain-lain. Kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin . Zafaran mampu mencerdaskan minda dan Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
Goji Buah Goji
Buah Goji mengandungi beta-karoten, Vitamin C, Vitamin B1, dan B2, beta-sitosterol ( agen anti-radang) linoleic asid ( asid lemak), immunologikal polisakarida yang aktif (5-8%), sesquiterpenoids (cyperone, solavetivone), tetraterpenoids (zeaxanthin, physalin) dan betaine (0.1%). Goji mampu membantu memperbaiki kualiti darah & kesihatan saluran darah bagi memastikan ke semua organ penting memperolehi zat dan oksigen yang cukup bagi menguatkan fungsi mereka. Akhirnya menyumbang kepada kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Madu Madu
Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh. Ia kaya dengan kebaikan vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang mampu meningkatkan tahap metabolisme, menstabilkan tekanan darah, mempercepatkan pemulihan luka serta memelihara sistem saraf. Madu juga bertindak sebagai agen antioksidan selain turut berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi.
Buah Tin Buah Tin
Keistimewaan yang terkandung di dalam buah tin ialah ianya dipercayai mempunyai bahan yang boleh melawan kanser. Di dalam buah tin mengandungi ‘polyphenols’ yang tinggi yang bertindak sebagai antioksidan. Antioksidan amat penting untuk tubuh badan kita kerana ia berfungsi menentang radikal bebas dalam badan yang boleh menyebabkan berlakunya kanser. Di dalam kajian yang telah dijalankan oleh J.A Vinson tersebut mendapati bahawa jumlah kandungan ‘polyphenol’ dalam buah tin adalah paling tinggi berbanding dengan buah- buahan dan sayur- sayuran lain. Di samping itu, buah tiin juga mengandungi sebatian lain yang menjadi bahan anti kanser iaitu ‘benzaldehyde’ dan ‘coumarins’.
Cengkih Cengkih
Cengkih yang bersifat antiseptik ini ternyata kaya dengan kalsium yang berkesan mencegah osteoporosis dan mengecutkan otot, serta magnesium yang berperanan mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, serta melegakan masalah sindrom pra haid. Antara khasiat cengkih yang lain adalah membasmi bakteria, membekalkan tenaga zahir dan batin, menstabilkan sistem pencernaan, mencegah kanser terutamanya pada kulit, paru-paru dan saluran pencernaan. Cengkih juga mengandungi Eugenol yang bersifat anti-kulat dan berupaya mengatasi masalah penyakit kulit.



KLIK DISINI UNTUK PEMBELIAN JUS SMART IQ-G
RM90  RM80.00 Sahaja 


(Pos Semenanjung RM10.00 / Pos Sabah & Sarawak RM20.00)


KHASIAT JUS SMART IQ-G
  • Meningkatkan daya fokus dan tumpuan kanak-kanak
  • Membantu perkembangan IQ
  • Menyuburkan sel-sel otak
  • Penerang hati
  • Mudah faham,mempercepatkan daya ingatan dan pantas berfikir
  • Meningkatkan semangat belajar
  • Melembutkan hati
  • Memberi ketenangan dan menstabilkan emosi
  • Memudahkan hafalan
  • Menajamkan daya fikiran
  • Menjadikan tubuh badan tidak mudah lesu dan mengantuk

KESAN AWAL PENGGUNAAN
  • Fikiran terasa segar dan mampu berfikir  dengan lebih tenang;
  • Mudah mengimbas kembali maklumat yang dibaca;
  • Keupayaan belajar akan lebih bertenaga, mampu mengekalkan konsentrasi untuk jangka waktu yang lebih lama;
  • Pemulihan ‘mood’ kepada lebih ceria dan positif. Rasa lebih bersemangat dan yakin boleh
sinus-600x450

Apabila Dikaitkan Dengan Otak, TIADA YANG SEHEBAT JUS SMART IQ-Q

Jus Smart IQ-G merupakan makanan tambahan yang diperlukan oleh sel-sel otak untuk mencapai kecemerlangan. Di ekstrak dari Luban bersama Kismis  serta di adun dengan Makanan Sunnah seperti Madu, Kurma , Delima, Habatusauda dan Buah Tin.
Jus Smart IQ-G  juga bertindak secara semulajadi untuk membantu meremajakan kembali sel-sel otak terutamanya didalam pusat otak yang dikenali sebagai hipokampus yang terlibat dengan daya ingatan dan pembelajaran. Apabila sel-sel otak berhubung ia akan memberikan isyarat kepada otak dan tubuh untuk melakukan tugas dengan lebih baik.
Proses pembelajaran memerlukan tumpuan, konsentrasi, daya ingatan yang kuat dan tenaga fizikal dan ianya PASTI berjalan dengan lancar setelah mengamalkan Jus Smart IQ-G.



MENGAPA JUS SMART IQ-G WAJIB DIMILIKI?
☞ Mempertingkatkan tahap pembelajaran dan daya ingatan – 3P ( Pemerolehan , Pengukuhan dan Pengekalan)
☞ Mengekalkan tumpuan dan konsentrasi di dalam kelas bagi pelajar
☞ Memberikan kecergasan terhadap fizikal dan mental
☞ Membantu kanak-kanak ADHD ( Hyperaktif)
☞ Mengurangkan kebimbangan dan tekanan
☞ Meninggikan sistem imun untuk kesihatan secara menyeluruh Jus Smart IQ-G diperakui dan digunakan oleh ramai ibubapa .

ADAKAH JUS SMART IQ-G SELAMAT?
Jus Smart IQ-G telah didaftarkan di bawah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia No Siri Permohonan 110516/04/150

Jadi, Apa Tunggu Lagi. Bantulah anak-anak anda mencapai KECEMERLANGAN

CARA PEMAKANAN
Minum 1 sudu besar pagi dan petang sebelum makan.amalkan setiap hari


KLIK DISINI UNTUK PEMBELIAN JUS SMART IQ-G
RM90.00   RM80.00 Sahaja 


(Pos Semenanjung RM10.00 / Pos Sabah & Sarawak RM20.00)

 KLIK SINI