Isnin, 21 Mei 2018
JANGAN MARAH ANAK BILA MEREKA SUKA CONTENG DINDING. BACA TIPS NI
.
Kalau masuk satu rumah yang dindingnya berconteng, orang dah tau, mesti ada budak kecik.. Soalnya kenapa anak kecil suka conteng dinding, sedangkan dah disediakan buku dan kertas untuk dia menconteng.
.
Ini adalah beberapa sebab kenapa anak kecil suka conteng dinding
.
1) Kedudukan pada paras mata
.
Keadaan menulis pada paras mata menjadikan anak dapat menulis dengan lebih selesa. Dan bagi anak kecil, berdiri adalah posisi yang selesa untuk dia bereksplorasi. Itulah kenapa kebanyakan kanak-kanak tidak suka duduk menulis di kertas
.
2) Ruang menulis tanpa batasan
.
Dunia imaginasi anak kecil sangat luas, sedangkan saiz kertas adalah terhad untuk meluahkan imaginasinya. Semasa melukis di dinding, tangan mereka bebas ke kanan, ke kiri, ke atas dan bawah. Ia memberikan pengalaman berimaginasi tanpa batasan.
.
3) Anak boleh ‘masuk’ ke dunia lukisan
.
Ibubapa harus sedar, 2/3 waktu anak-anak dalam sehari adalah untuk BERIMAGINASI. Jadi apa juga yang mereka lakukan, mereka selalu menjadi sebahagian dari aktiviti tersebut. Dan lukisan di dinding yang bersaiz besar menjadikan imaginasi mereka lebih ‘hidup’.
.
Bila dilihat kepada sebab kenapa anak kecil suka conteng dinding, maka wajarlah ibubapa cuba mengendali isu ini secara kreatif. Sebenarnya tempoh anak suka menconteng di dinding tak lama pun, biasanya sekitar usia 2-3 tahun.
.
Jadi, untuk memastikan si manja dapat terus berkarya dan dalam masa yang sama, anda tidak naik angin melihat ‘kecantikan’ dinding rumah, berikan dia ruang untuk mengasah kreativitinya.
.
--
TIPS UNTUK ELAK ANAK CONTENG DINDING
--
.
1. Sediakan kertas lukisan besar
.
Kadang kala anak lebih suka melukis di dinding rumah yang luas. Jadi, apa kata anda lekatkan kertas lukisan bersaiz besar di dinding. Biarkan anak mengekspresi dirinya kerana aktiviti menulis dan melukis mampu merangsang kreativitinya.
.
2. Kotak warna putih
.
Rasanya, anak-anak kecil berminat menconteng ruang berwarna putih bersih. Apa kata anda sediakan sebuah kotak putih yang boleh dihiasi mengikut kreativitinya. Dari situ tentu mereka akan berasa lebih seronok dan melupakan dinding.
.
3. Pakaian lama
.
Kadang-kala anak gemar menconteng baju. Oleh itu sediakan baju lama yang sudah tidak digunakan sebagai tempat dia melukis dan menconteng. Sebaiknya baju yang tidak bercorak atau lebih baik berwarna putih.
.
4. Cat Kalis Air
.
Ibu bapa boleh juga mengecat dinding rumah dengan cat kalis air. Jika anak menconteng, boleh dibasuh. Namun ia melibatkan kos yang tinggi juga. Dan kadang-kadang boleh mebuatkan si anak terlalu selesa menconteng di dinding sehingga tidak dapat di kawal.
.
5. Tampalkan Chalkboard Sticker pada dinding rumah
.
Jangan halang anak dari terus berkarya. Anda boleh tampalkan Chalkboard Sticker terus di dinding rumah supaya si manja dapat terus melukis dengan senang hati. Educate mereka untuk gunakan ruang yang ada sebaik mungkin.
.
.
Selain lebih tahan dan mudah disediakan, pasti anak anda juga sukakan cara ni sebab mereka boleh padam dengan mudah dan hasilkan lebh banyak lukisan mengikut kreativiti mereka
Langgan:
Ulasan (Atom)