Selasa, 6 Mac 2018

5 CARA ATASI ANAK TIDAK FOKUS DALAM KELAS


1. Tunjukkan Sikap Positif
Menerapkan sikap positif kepada anak. Sikap positif yang dimaksudkan adalah seperti membuat kerja rumah dan kerja-kerja lain yang mempunyai kebaikan dan faedah.Anak akan lebih cenderung mengikut apa yang ibubapa tunjukkan dan lakukan

2.Penghargaan Dan Pujian
Amat penting untuk memotivasikan anak-anak dan meningkatkan usaha mereka dalam bidang pelajaran. Memuji adalah salah satu jenis tanda penghargaan yang tidak perlukan apa-apa kos dan sepatutnya dilakukan sejak anak-anak masih kecil lagi

3. Memberi Gambaran Dan Impian Kepada Anak
Ibu bapa perlu membuka mata anak-anak dengan memberi gambaran, idea dan impian kepada mereka.Gambaran besar yang jelas seperti menggambarkan cita-cita mereka setelah tamat belajar atau mendorong mereka untuk berfikir siapakah mereka pada 10 tahun yang akan datang dan bagaimanakah cara yang harus mereka lakukan untuk kecapinya.

4. Keadaan Tempat Atau Suasana Belajar Yang Selesa
Memastikan keadaan tempat belajar anak sentiasa selesa. Selesa bermaksud disenangi. Tempat belajar perlulah sentiasa bersih, aman dan tiada gangguan masalah-masalah fizikal seperti lampu rosak menyebabkan terpaksa belajar dalam gelap, masalah gangguan bunyi dan sebagainya. Peralatan yang digunakan seperti kerusi, meja dan lain-lain lagi haruslah berada dalam keadaan yang baik.

5. Berikan Nutrisi Yang Hebat
Walaupun tidak ada apa-apa gangguan fizikal kepada anak-anak, mereka masih kelihatan tidak fokus dalam kelas. Puas ibu dan ayah memikirkan apakah jalan terbaik dan rahsia terbaik untuk mengatasi masalah anak tidak fokus dalam kelas. Jawapannya ialah memberikan nutrisi yang hebat dan diyakini.Nutrisi yang hebat adalah supplement atau makanan tambahan yang berfungsi untuk mengembalikan fokus anak terhadap pelajaran, menjadikan anak lebih aktif untuk belajar, memberi tenaga sepanjang hari, memudahkan anak untuk menghafal dan memahami pelajaran dan lain-lain lagi.

JUS SMART IQ-G nutrisi yg mampu memberi tenaga kepada anak-anak sepanjang hari. Apabila anak bertenaga, mereka akan lebih fokus dalam kelas dan mudah belajar. Apa yang dipelajari akan mudah difahami, mudah diingati, malah mudah juga untuk mereka menghafal.

Hanya Perlu Minum 2 Kali Sehari. Perubahan Seawal 1-2 Minggu Pengambilan.

Jus SMART IQ-G Bantu Anak2:
1. Meningkatkan daya fokus
2. Membantu perkembangan IQ
3. Penerang hati dan melembutkan jiwa
4. Menguatkan daya ingatan
5. Mudah faham
6. Meningkatkan semangat belajar
7. Memberi ketenangan dan menstabilkan emosi;
8. Menajamkan daya fikiran
9. Mencerdaskan tubuh badan dan tidak mudah mengantuk

APA ITU JUS SMART IQ-G
Jus Makanan Tambahan Kanak-Kanak No 1 berperisa Manggo dan Strawberry sgt sedap diminum.
Diperkaya dgn Luban, Kismis, Badam, Delima, Habbatussauda,Goji, Madu dan banyak lagi.
NAK HARGA PROMOSI HARI NI?

SILA WHATSPP 016-7590479/ 011-50126796
SILA WHATSPP 016-7590479/ 011-50126796
SILA WHATSPP 016-7590479/ 011-50126796

Isnin, 5 Mac 2018

DISIPLIN ANAK DALAM ISLAM


Sebagai ibu-bapa, kadang-kadang kita hilang sabar. Secara tidak sedar, kita memukul anak dengan rotan, atau dengan apa sahaja yang boleh dicapai dengan tangan. Selepas anak menangis teresak-esak, barulah kita rasa menyesal.
Lagi teruk kalau anak lebam dan berbirat badannya. Sedih sangat bila memikirkannya. Kami bukan pakar. Sekadar perkongsian peribadi kerana kami percaya cara disiplin anak bermula dari rumah sejak usia kecil lagi. Kali ini, mari kita berkongsi tips dan cara disiplinkan anak dengan cara yang lebih efektif:

1. ELAKKAN PERKATAAN ‘JANGAN’

Jeritan ‘Jangan’ cukup sinonim untuk semua ibu-bapa. Sebaik-baiknya, tukarkan perkataan itu dengan frasa yang lain. Jangan kata ‘Jangan’ (Tengok! Kami pun dah ‘ter’cakap ‘Jangan’ dah). Contohnya, kalau ada dua orang anak, suka main pukul-pukul adik beradik. Tiba-tiba yang si adik menangis. Apa kita kata, “Abaangggg, jangan pukul adik!”.
Cuba ambil dimensi dan pendekatan berbeza. Panggil abang dan adik, kita peluk dua-dua. Cakap elok-elok, “Abang dengan adik main sama-sama tau. Adik beradik kena ‘happy-happy’. Sekarang, abang peluk adik pulak”. Rasa-rasanya, yang mana satu lebih efektif?
Bukankah ibu-bapa itu adalah guru dan ‘role-model’ pada anak-anak?. Semua yang kita buat, dia akan ikut. Maka, eloklah kita buang tabiat buruk kita. Tunjukkan yang baik-baik sahaja depan anak-anak.

2. ELAKKAN PUKUL ANAK

Ini paling mudah. Kena pujuk dan didik hati kita sebagai ibu-bapa. Tiada guna pukul anak, esok dia buat lagi. Bukan tidak boleh pukul langsung. Cuma perlu ada alasan yang kukuh dan selalunya ada bukti depan mata. Jika ingin pukul sekalipun, pukul perlahan sahaja, sekadar untuk menyedarkan anak. Kawasan pukulan yang dibenarkan pula, bahagian kaki, paha ke bawah sahaja.
Puji dan peluk anak selalu
Peluk anak selalu. Puji kalau dia buat perkara yang betul.

3. PUJI ANAK DEPAN ORANG LAIN

Bila anak kita berkelakuan baik, puji dia. Bila balik kampung atau sedang berada di rumah kawan sebagai tetamu, puji depan semua orang. Ini akan buat dia bangga dan rasa dihargai. Tentu dia tidak akan nakal-nakal lagi di rumah orang lain. Tunjukkan kemesraan, peluk anak selalu. Banyak kelebihan memeluk anak.

3. PELAJARI ILMU ‘CHILD DEVELOPMENT’ DAN ‘PARENTING’

Bukan semua yang ibu-bapa kita ajar itu betul. Mungkin ada yang betul, mungkin ada yang salah. Untuk mendidik anak dengan cara yang terbaik, ikuti kelas-kelas ‘parenting’ jika ada masa. Nasihat yang diberikan adalah dari yang pakar, bukan omongan kosong. Lebih-lebih lagi zaman sekarang, proses tumbesaran anak lain cabarannya. Dulu, tiada iPad dan tablet. Kita asyik main panjat-panjat pokok. Sekarang tiada lagi.

4. GUNAKAN ‘REWARD SYSTEM’

Ini bukan rasuah. Bila anak ‘behave’ dan betul-betul baik dan rajin tolong kita, kita beri dia ganjaran yang sepatutnya. Puji dulu, peluk erat-erat, bagi dia rasa dirinya disayangi. Jangan bagi anak gula-gula pula. Nanti rosak gigi. Contohnya, “Kalau kakak dapat nombor satu, nanti mama belikan basikal baru”. Jika basikal ialah idaman dia, tentu dia akan berusaha bersungguh-sungguh. Contoh yang lain, “Pergi kemas mainan dulu. Kalau dah kemas baru mama bukak cerita kartun, Channel 611”. 
Entah kenapa, anak-anak suka lompat kat sofa kan?
Entah kenapa, anak-anak suka lompat kat sofa kan?

5. GUNA KAEDAH ‘DISTRACTION’ UNTUK ALIHKAN TUMPUAN ANAK

Suka lompat-lompat di sofa? Ajak anak main lompat-lompat di luar rumah. Suka conteng-conteng dinding? Belikan dia buku mewarna. Kalau ada duit lebih, biarkan anak main Play-Doh, tanah liat untuk buat apa yang dia suka. Belikan Lego untuk dia bina bangunan dan macam-macam jenis benda untuk elakkan dia mengganggu kita buat kerja-kerja rumah.

6. AJARKAN KAEDAH ‘LOGICAL CONSEQUENCES’
Contohnya, kalau anak suka main lari-lari, cakap elok-elok, “Adik, mari sini. Tak mau main lari-lari jauh-jauh tau. Main kat depan rumah je. Tak usah pergi sampai kat jalan besar. Nanti kena langgar kereta. Main elok-elok”. Ini akan memberikan satu isyarat logik pada anak, bahawa jika main di jalan besar, boleh kena langgar kereta. Tentu sekali dia akan main dekat-dekat sahaja.

7. GUNA TEKNIK ‘POSITIVE DISCIPLINE’

Ini bermakna, jika anak buat salah, usah terus marah, “Jangan buat macam ni, salah”(Tengok! Kami pun asyik guna ‘jangan’. Ish, ish, ish). Kalau anak tumpahkan air di meja makan, elakkan marah anak. Untuk tanda protes, dia akan menangis. Akan datang, anak akan sengaja buat lagi. Sebagai ganti, ajarkan anak, “Tengok ayah buat ni, cawan kena pegang dengan dua tangan. Haaa… kan senang, tak tumpah pun”. Bila anak buat apa yang kita suruh, puji dia yang dia pandai. Seperkara lagi, ajar anak agar menghormati orang yang lebih tua. Kalau jumpa, suruh cium tangan.

HARAPAN KAMI

Jika mahu bercerita cara mendisiplinkan anak, sehari semalam tidak akan habis. Ada terlalu banyak cara yang boleh diikuti, ikut acuan sendiri. Apa yang penting, ibu-bapa perlu bersabar dengan karenah anak. Sabar itu kan separuh dari iman. Bak kata orang tua-tua, “Ala, budak-budak memang macam tu. Masa kecik je nakal, dah besar baik. Macam kau tu dulu, masa kecik, nakal kemain. Sekarang ok je aku tengok”.
Selamat membesarkan anak dan hayati proses pembesaran mereka. Anak itu anugerah Allah, maka jagalah mereka sebaik-baiknya. Didiklah dengan penuh kasih sayang dan cara Rasulullah. Nescaya anda akan rindu saat-saat mereka kecil satu hari nanti.

MENDIDIK ANAK CARA ISLAM


Selalu kita dengar, bila nampak seseorang anak itu nakal kelakuannya, orang akan kata, “Haaa.. mak bapak dia tak ajar la tu. Apa nak jadi la budak tu. Dah besar nanti mesti jahat”. Agak keras bunyinya bukan?
Bagaimana kalau anak itu adalah anak kita sendiri? Tentu sungguh meruntun jiwa. Kadang-kadang bukan kita tidak ajar anak kita, cuma anak itu terpengaruh dengan kawan-kawan yang lain. Apa salahnya datang hampir pada anak nakal itu dan berikan sedikit nasihat? Bimbang jika tiada siapa peduli, mereka akan jadi lebih teruk lagi.
Jadi apakah sepatutnya yang ibu-bapa lakukan? Mengambil serba sedikit dari sumber ini, mari kita lihat tips dan panduan mendidik anak, termasuk memukul anak mengikut cara Islam.

1. ELAKKAN PUKUL ANAK DARI BAHAGIAN LUTUT KE ATAS

Kawal diri sebagai ibu-bapa. Elakkan pukul anak dari lutut keatas. Kalau marah sangat, pukul tapak kaki anak. Entri kami sebelum ini juga tentang cara mendisiplinkan anak juga membincangkan perkara yang sama.
Rapat dengan anak

2. ELAKKAN GUNA TANGAN ATAU ANGGOTA TUBUH YANG LAIN UNTUK MEMUKUL ANAK

Yang lebih penting, walaupun kita pernah mengalami perkara ini, jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita. Ia akan menjadi lebih buruk di mana anak akan bertambah nakal dan degil.
Ajar anak solat, bukan pada guru sekolah agama sahaja
Ajar anak solat, bukan pada guru sekolah agama sahaja

3. AJAR ANAK SOLAT

Rotan atau pukul anak di telapak kakinya. Pukul seadanya sahaja, bukan dengan amarah yang meluap-luap. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, danpukullah mereka kerana tidak solat ketika berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka” ( H.R. Ahmad & Abu Daud )
Imam Nawawi mengatakan, orang yang tidak diberatkan mendirikan solat, tidaklah diperintahkan kita menyuruh mereka mengerjakannya,kecuali anak-anak kecil – lelaki dan perempuan. Anak yang telah sampai umur 7 tahun jika mumayyiz, disuruh atasdasar sunnat mendirikan solat. Jika mereka telah berumur 10 tahun,wajiblah diperintahkan mereka mendirikan solat. Dan dipukul jika mereka enggan mendirikannya. Hadith ini mengingatkan kita kepada firman Allah :
“Dan perintahkanlah ahli keluargamu mendirikan solat dan bersabarlahkamu diatas kesukaran-kesukaran yang kamu hadapi kerananya..” ( Toha : 132 )
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamudari api neraka..” ( At-Tahrim : 66 )Kata pengikut-pengikut Asy-Syafie : Hendaklah para wali ( ibu bapaatau penjaga ) memerintahkan anak-anak menghadiri jamaah solat dan menerangkan kepada mereka hukum-hukum agama yang harus merekakerjakan sebagaimana wajib atas wali memberi pendidikan kepadaanak-anak tentang aurat, arak, dusta, mengumpat dan sebagainya.
Kata Ar-Rafi’ie : Diberatkan ibubapa memberikan pendidikan bersuci,solat dan undang-undang syariat kepada anak-anaknya ketika merekaberumur 7 tahun dan memukul mereka jika mereka enggan menuruti jika umur mereka telah mencapai 10 tahun. Belanja belajar diambil dari harta si anak jika dia berharta, dan dipikul pula oleh bapanya jika si anak tidak berharta.
Jika ia tidak berbapa, maka belanja itu dipikul oleh ibunya.Jika si anak tidak mempunyai wali, kewajiban tersebut dilaksanakan oleh yang berwajib di dalam negara. Contohnya qadhi atau seumpamanya.Anak-anak kecil memanglah tidak diberatkan dengan sesuatu perintahagama baik berdasarkan wajib atau sunnat.Hadith di atas sebenarnya ditujukan kepada para wali. Tujuannyau ntuk membiasakan anak-anak mendirikan solat sejak sebelum mukallafnya lagi.Apabila telah dibiasakan sejak kecil, tidaklah menjadi berat baginya untuk melakukannya sesudah ia besar.

4. NAMA PANGGILAN YANG BAIK

Beri dan panggil anak dengan nama yang baik-baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. Lebih malu apabila kawan-kawan mereka mengetahui panggilan itu.

5. PELUK ANAK SETIAP HARI

Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. 

6. PANDANGAN KASIH SAYANG

Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.

7. BERIKAN PUJIAN PADA ANAK
Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.

8. AKUI KESILAPAN ANAK
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9. UTAMAKAN KELUARGA ATAU ‘FAMILY FIRST’

Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali.

10. ELAKKAN MENGELUH KERANA ANAK. UCAPKANLAH ‘ASTAGHFIRULLLAH’
Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah ibu-bapa mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11. DENGAR BILA ANAK BERCAKAP

Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Dengan kata lain, ‘Be a good listener’. Orang kata, kena juga ada ilmu untuk bercakap dengan anak. Jangan asyik ibu-bapa sahaja yang betul.
Ayah lebihkan masa dengan anak perempuan, ibu lebihkan masa dengan anak lelaki
Anak mahukan pelukan hangat dari ibu-bapa

12. TENANGKAN ANAK

Adakalanya, anak kita panik dan tidak tahu nak buat apa. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Peluk erat-erat dan tunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

13. TUNJUK ANAK BAGAIMANA CARA MENENANGKAN DIRI
Jangan hanya peluk sahaja. Selitkan kata-kata nasihat dan iktibar yang sewajarnya. Kalau bergaduh sesama adik-beradik, leraikan dengan suara yang lembut. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya. Pertama sekali, ibu-bapa kena tenangkan diri dahulu!

14. SAMBUT ‘BIRTHDAY’ BERSAMA-SAMA

Zaman dahulu, tiada sambutan hari jadi. Cukup sekadar dengan bubur merah. Zaman sekarang lain. Boleh cuba buat sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain. Sejujurnya, tidak perlu ‘party’ atau kek yang besar. Bagi kanak-kanak, sepotong kek sahaja sudah memadai.

15. ULANG ARAHAN BEBERAPA KALI

Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali. Ibu-bapa kena sabar dalam hal ini. Kadang-kadang anak tidak memahami arahan. Mereka perlu membiasakan diri dan mengikuti arahan itu berkali-kali.
16. Buat aktiviti bersama anak-anak.
Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Buat aktiviti yang berfaedah bersama-sama. Ingat, kualiti masa lebih penting daripada kuantiti. Anak akan ingat saat-saat indah mereka bersama ibu-bapa sampai bila-bila.

 17. TINGGALKAN KERJA DI PEJABAT

Anak inginkan perhatian. Jika dibawa kerja pejabat ke rumah, tentu sekali masa akan diutamakan pada kerja. Mengadap ‘laptop’ sepanjang masa adalah satu pengabaian pada anak-anak dari segi emosi.

18. HARGAILAH PERMAINAN KESAYANGAN ANAK ANDA

Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19. USAH BIARKAN ANAK-ANAK ANDA TIDUR TANPA CIUMAN SELAMAT MALAM

Nampak macam kebaratan? Oh tidak! Cuma masyarakat kita kurang mengamalkan perbuatan ini. Ciuman adalah suatu yang subjektif. Mereka mungkin belum memahami apa erti ciuman. Namun, berikan ciuman sebagai tanda kasih sayang kita pada mereka. Sambil cium, sambil usap kepala anak. Bacakan doa yang baik-baik.

20. TERIMA ANAK SEADANYA

Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Kadang-kadang tanpa sengaja, kita akan pukul anak dan menyesal kemudiannya. Tiada ibu-bapa yang sempurna. Tujuan kita disini ialah untuk belajar bersama-sama.

KESIMPULAN

Didiklah anak sebaiknya mengikut lunas Islam. Mereka akan menjadi penghalang kita sebagai ibu bapa daripada api neraka. Mengambil huraian hadith dari JAKIM,
Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang kerumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka”.
Huraian Hadith:
  • Orang Islam disuruh memenuhi hajat orang yang meminta sekali pun dengan pertolongan yang sedikit.
  • Ibu bapa mestilah mengutamakan keperluan anak-anaknya seperti makan, minum, pakaian dan sebagainya.
  • Ibu bapa yang mendidik dan mengasuh anaknya dengan sempurna dijamin bebas daripada api neraka.
  • Hadis ini menunjukkan kelebihan menjaga dan mendidik anak-anak perempuan. Ia akan menjadi perisai daripada api neraka jika dilakukan seperti yang diperintah Allah dan Rasulnya.
Sama-sama kita berdoa agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Kalau ada masa, boleh belajar cara disiplinkan anak tanpa pukul anak.
Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook